Make your own free website on Tripod.com
 
NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

1. MENGHARGAI MASA (The Value of Time)

“Demi masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
Serta berpesan-pesan dengan sabar.”

(Al-Quran, 103: 1 – 3)

“An inch of time cannot be bought by an inch of gold.”

(A Chinese Proverb)

Orang yang menghargai masa menganggap “masa itu emas”. Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti satu kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Pada hari ini, dengan adanya teknologi canggih maka perhubungan menjadi semakin rapat dan banyak keputusan perlu dilaksanakan dalam masa yang singkat. Tidak bertindak segera atau melengahkan keputusan akan menyebabkan hilangnya peluang keemasan. Setiap orang diberi masa yang sama banyak. Terpulanglah kepada setiap individu bagaimana dia merancang masanya. “Those who make the worst use of their time most complain of its shortness” – La Bruyere. Oleh itu gunakanlah masa itu dengan bijak untuk setiap perilaku kita sebagai seorang insan.

AMALAN POSITIF MENGHARGAI MASA

Amalan-amalan positif yang menunjukkan seseorang anggota Perkhidmatan Awam itu menghargai masa ialah:

  • Menepati masa
    Tepat pada masa adalah satu tabiat yang mesti dibiasakan bagi mewujudkan ketinggian maruah diri dan rasa hormat kepada orang lain. Contohnya, jikalau kita lewat tiba pada sesuatu majlis, mesyuarat atau temujanji, bermakna kita tidak menghormati masa.

  • Menyegerakan tugas
    Setiap pegawai perlu mengetahui cara mengunakan komputer untuk menyegerakan tugas, menjimatkan masa dan menambahkan produktiviti dalam menjalankan tugas.

  • Mempunyai perancangan waktu
    Setiap anggota perkhidmatan seharusnya membuat jadual perancangan masa kerja untuk membolehkan kerja-kerja disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

  • Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi
    Setiap anggota perkhidmatan seharusnya pandai membahagikan masa dalam menjalankan tugas bagi membolehkan urusan kerja dilaksanakan dengan berkesan.

  • Menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif
    Produktiviti dan kualiti boleh dipertingkatkan dengan penggunaan masa yang terencana yang dan dengan penuh kemahiran. Sesuatu yang boleh diselesaikan dalam masa dua hari tidak akan menjadi produktif jika mengambil masa seminggu. Orang yang mahir sudah tentu dapat menjimatkan masa.

  • Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja
    Dalam menjalankan tugas seseorang anggota perkhidmatan perlu menetapkan target date untuk menyiapkan kerja dan menggelakkan kerja tertangguh.

  • Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan
    Seseorang pegawai hendaklah sentiasa peka kepada kehendak masa dan oleh kerana itu hendaklah menyiapkan kerja selaras dengan keperluan semasa.


AMALAN NEGATIF YANG TIDAK MENGHARGAI MASA

Di antara amalan-amalan negatif yang dianggap tidak menghargai masa adalah:

  • Berbual-bual kosong semasa bertugas
  • Tidak menyegerakan tugas
  • Tidak ada sense of urgency
  • Tidak merancang pekerjaan
  • Tidak ada prioriti
  • Melayan tetamu yang tidak berkenaan
  • Tinggalkan pejabat untuk urusan peribadi yang berterusan
  • Membuat kerja peribadi yang berterusan
  • Membuat kerja peribadi di pejabat
  • Berniaga di waktu pejabat
  • Membuat kerja yang tidak mustahak
  • Ke kantin dalam waktu bertugas
  • Tidak peka kepada pembaziran masa
Oleh itu sama-samalah kita menghargai masa kerana dengan mengunakan masa dengan sepenuhnya, kita akan dapat menyumbang kepada pembangunan peradaban bangsa dan negara.
    Rujukan:
  1. Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam – INTAN
  2. Tonggak Duabelas – Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan – INTAN
  3. Dasar/Program Pembaharuan dan Porduktiviti Dalam Perkhidmatan Awam - INTAN
Disediakan oleh Dato' Dr. Mustapha Jalil untuk perhimpunan bulanan JPH pada 4hb. Januari 2002